{"id":12326,"date":"2015-11-26T13:54:01","date_gmt":"2015-11-26T12:54:01","guid":{"rendered":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/extension-i\/"},"modified":"2016-02-05T18:33:47","modified_gmt":"2016-02-05T17:33:47","slug":"extension-i","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/extension-i\/","title":{"rendered":"Tambahan I"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-two-third fusion-layout-column fusion-column-last fusion-spacing-yes\" style=\"margin-top:0px;margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper\"><div class=\"fusion-title title fusion-title-size-one\" style=\"margin-bottom:30px;\"><h1 class=\"title-heading-left\">Tambahan I \u2013 Beberapa soalan lain bagi borang soal selidik<\/h1><div class=\"title-sep-container\"><div class=\"title-sep sep-none\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-fullwidth-1  fusion-parallax-none nonhundred-percent-fullwidth\" style=\"border-color:#eae9e9;border-bottom-width: 0px;border-top-width: 0px;border-bottom-style: solid;border-top-style: solid;padding-bottom:20px;padding-top:20px;padding-left:px;padding-right:px;\"><style type=\"text\/css\" scoped=\"scoped\">.fusion-fullwidth-1 {\n                            padding-left: px !important;\n                            padding-right: px !important;\n                        }<\/style><div class=\"fusion-row\"><div class=\"fusion-two-third fusion-layout-column fusion-spacing-yes\" style=\"margin-top:0px;margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper\"><div class=\"fusion-title title fusion-title-size-two guideline\" style=\"margin-top:0px;margin-bottom:30px;\"><h2 class=\"title-heading-left\">\n<p>Anda dapati soalan-soalan asas di borang soal selidik anda terlalu asas sekali. Banyak lagi perkara yang anda ingin tahu?<\/p>\n<\/h2><div class=\"title-sep-container\"><div class=\"title-sep sep-none\"><\/div><\/div><\/div><p>Di sini anda boleh dapati banyak lagi soalan lain yang telah ditanyakan di survei-survei lain tentang Sunat Perempuan. Anda juga boleh dapati beberapa garispanduan mengenai siapa yang boleh anda tanyakan soalan anda jika anda tidak temukannya di dalam senarai kami.<\/p>\n<p>Kami telah pilih soalan-soalan yang telah mendapat hasil-hasil dapatan kajian yang menarik. Ada juga beberapa soalan yang tidak terlalu \u2018direct\u2019 iaini secara langsung ataupun soalan-soalan \u2018sokongan\u2019 atau \u2018sandaran\u2019. Hasil-hasil kajiannya nanti akan memberitahu anda sama ada hasil kajian anda secara umumnya betul ataupun tidak. Sebagai contoh, jika hanya 10% wanita yang mengatakan mereka akan menyunatkan anak perempuan mereka, tetapi 90% mengatakan ia masih dilakukan di dalam keluarga mereka, maka anda tahu ada sesuatu yang tidak betul.<\/p>\n<h3>Bagimana menanyakan soalan dan jawapan dengan baik dan berkesan<\/h3>\n<ul>\n<li>Harus jelas: Soalan dan jawapan harus pendek dan mudah. Tanyakan dengan jelas agar tidak boleh disalahfahami dalam apa cara sekalipun. Sebagai contoh, jika anda bertanya: \u201cApakah anda bahagia berumahtangga?\u201d \u2013 ia boleh ditafsirkan sebagai kebahagiaan rumahtangga, ataupun sekadar gembira kerana sudah mendapat suami dan tidak lagi jadi anak dara tua (lalu mungkin sebenarnya dia tidak bahagia langsung dengan suaminya). Maka, lebih baik jika anda bertanya : \u201cApakah Puan bahagia hidup bersama suami Puan?\u201d Atau jika anda ingin tahu betapa pentingnya perkahwinan : \u201cApakah anda fikir sangat penting bagi perempuan untuk berkahwin?\u201d<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Jika anda syak yang orang tidak akan menjawabnya secara jujur atau mahu menyembunyikan sesuatu, maka anda harus bertanya secara berlapik atau bertapis. Gunakanlah kebijaksanaan anda. Tanya soalan-soalan yang hampir menyentuh topik itu, tetapi tidak secara langsung. Seperti contoh di atas, mungkin ramai wanita akan mengatakan mereka bahagia dengan perkahwinan mereka, kerana kalau mereka mengatakan tidak bahagia bermakna masyarakat akan memandang serong pada mereka. Jadi, supaya anda dapat tahu bagaimana keadaan rumahtangga mereka, tanyalah soalan seperti apakah mereka kerap bertengkar atau tidak, atau apakah selepas bergaduh dia (isteri) akan menangis setiap kali bergaduh, atau apakah suaminya pernah memukulnya dsb.<\/li>\n<\/ul>\n<h3>Beberapa Soalan-soalan tambahan terpilih<\/h3>\n<p>Sila buka Tambahan I di borang soal selidik sekarang. Kami akan terangkan di bawah tentang tujuan bagi setiap soalan.<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">1. Apakah keluarga anda masih mengamalkan Sunat Perempuan?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">2. Apakah ada jiran tetangga anda yang mengamalkan Sunat Perempuan?<\/span><\/p>\n<p>Apabila bertanya tentang Sunat Perempuan, boleh terdapat pelbagai sebab mengapa orang tidak menjawabnya dengan jujur atau mahu menyembunyikan sesuatu. Ia bergantung pada kumpulan sasar anda dan jika anda mahu membuat kajian, anda haruslah peka terhadap sebarang tabu atau pantang larang masyarakat tersebut. Jika Sunat Perempuan telah diharamkan di negara tempat anda bertanya itu, maka tentulah si ibu tidak akan mendedahkan rancangannya untuk menyunatkan anak perempuannya. Jika anda mahu tahu betapa berleluasanya amalan Sunat Perempuan, anda boleh bertanya pada wanita itu sama ada jiran-jirannya atau keluarganya masih mengamalkannya.<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">3. Jika anak perempuan anda telah disunatkan, siapa yang telah membuat keputusannya?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">4. Jika anak perempuan anda tidak dikhatankan, siapa yang telah membuat keputusan mengenainya?<\/span><\/p>\n<p>Bagi sebarang kempen, penting sekali untuk mengetahui siapakah dalang atau pemain utama dalam menyunatkan perempuan. Sekiranya nenek-nenek yang mendesaknya, maka pastilah harus dimasukkan dalam perbincangan. Biasanya lelaki bukan pendorong utama, namun mereka boleh tetap memainkan peranan utama dalam MENENTANG SUNAT PEREMPUAN. Jika masyarakat atau para nenek mendesak untuk melakukannya, maka para ibu boleh bangun menentangnya jika dia tahu yang suaminya akan menyokongnya. Ada kajian-kajian yang menunjukkan bahawa HANYA keputusan penentangan terhadap Sunat Perempuan sahaja yang selalunya dibuat secara bersama antara isteri DAN suami, manakala keputusan untuk melakukan Sunat Perempuan kebiasaannya HANYA dibuat oleh wanita sahaja.<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">5. Siapa dalam masyarakat anda yang menyokong amalan Sunat Perempuan<\/span><br \/>\nSoalan ini akan memberi jawapan yang jelas pada anda mengenai golongan manakah yang harus disasarkan oleh kempen anda.<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">6. Di mana anda dengar tentang Sunat Perempuan<\/span><br \/>\nJawapan-jawapan kepada soalan ini akan dapat memberitahu anda beberapa perkara. Jika orang telah dengar mengenai Sunat Perempuan dari media tempatan atau di internet, maka anda akan tahu bahawa mungkin ada seseorang yang menentangnya. Jika orang mendengarnya di masjid, di sekolah atau dari jiran tetangga, anda tidak tahu jika mereka dengar sesuatu yang positif atau negatif. Jika ia dibicarakan di masjid atau di sekolah, tempat-tempat ini mungkin boleh jadi tempat yang baik untuk memulakan kempen!<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">7. Apa peralatan yang digunakan?<\/span><br \/>\nMenarik untuk dapatkan maklumat tentang jenis amalan Sunat Perempuan yang diamalkan dalam masyarakat anda: Berapa banyak yang mereka potong? Namun begitu, agak sukar untuk menanyakannya, kerana wujud masalah tentang ilmu pengetahuan dan juga persepsi.<\/p>\n<p>Ramai wanita mungkin tidak tahu apa itu \u2018klitoris\u2019 atau apa itu labia minora. Apatah lagi jika klitoris atau labia minora mereka sendiri telah dipotong atau dicacatkan, maka mereka tidak akan tahu bagaimana bentuk genitalia atau alat kelamin mereka yang sepatutnya.<\/p>\n<p>Beberapa kajian lain telah menunjukkan bahawa wanita mungkin mengatakan yang mereka telah disunatkan secara simbolik atau disunatkan mengikut sunnah. Akan tetapi setelah diperiksa secara medikal atau perubatan, rupanya mereka telah mengalami Sunat Perempuan jenis III . Ia bermakna klitoris dan labia minora mereka telah dibuan dan labia majora mereka kemudiannya dijahit rapat dengan hanya meninggalkan sedikit lubang kecil di vulva untuk buang air kecil dan pendarahan haid.<\/p>\n<p>Maka salah satu cara mendapatkan maklumat mengenai topik ini ialah dengan menanyakan tentang alat yang digunakan untuk menyunat. Ia tidaklah dapat memberi maklumat yang banyak, namun dapat memberi gambaran sedikit: Jika alat yang digunakan hanyalah jarum, maka ia bermakna hanya cucukan sedikit, jika dengan gunting atau pemotong kuku bermakna sesuatu mesti telah dipotong, pisau cukur pula biasanya bermakna pemotongan yang lebih teruk. Walau bagaimana pun, di sesetengah negara atau masyarakat, mereka hanya mencucuk sedikit kemaluan perempuan dengan alat tumpul, tanpa mengeluarkan darah langsung.<\/p>\n<p>Anda boleh menambahkan soalan-soalan di sini agar anda boleh tahu lebih sedikit tentang apa yang berlaku, contohnya sekiranya ada keluar darah, atau pendarahan yang banyak. Berapa lama untuk lukanya sembuh dsb.<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">8. Apakah khatan selari dengan ajaran Islam<\/span><\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\">9. Kenyataan manakah yang anda setujui:<\/span><br \/>\nKedua-dua soalan ini adalah tambahan kepada soalan-soalan tentang tujuan melakukan Sunat Perempuan. Yang pertama memberitahu anda sesuatu tentang kaitannya dengan agama. Jika seorang wanita telah mengatakan yang sebab ia melakukan Sunat Perempuan ialah kerana adatnya, maka menarik untuk mengetahui jika dia fikir sama ada agamanya mendukung amalan tradisi tersebut.<\/p>\n<p>Soalan ini juga boleh ditanyakan pada wanita yang tidak disunatkan. Jika seringkali jawapan kepada soalan ini ialah \u2018ya\u2019, maka perlu untuk mengadakan perbincangan mengenai Sunat Perempuan dengan tokoh-tokoh agama, walau apa pun hasil kajiannya terhadap punca Sunat Perempuan.<\/p>\n<p>Anda boleh menukarkan Islam pada agama-agama lain, namun sepengetahuan kami, tiada siapa yang mendakwa bahawa amalan Sunat Perempuan ialah tuntutan dari agama Kristian, Yahudi atau lain-lain ajaran agama.<\/p>\n<p>Anda mahu tahu lebih lanjut atau apakah topik-topik yang anda minat tidak termasuk di dalam soalan-soalan tambahan ini? Sila lihat <a href=\"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/extension-ii\/\">tambahan II<\/a> untuk mendapatkan idea-idea lain mengenai apa yang anda boleh tanyakan.<\/p>\n<p>Jika anda gembira dengan soalan-soalan yang ada sekarang, bacalah tentang bagaimana menjalankan wawancara di bahagian<a href=\"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/going-to-the-field\/\"> \u201cPergi ke lapangan\u201d.<\/a><\/p>\n<div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-one-third one_third fusion-layout-column fusion-column-last fusion-spacing-yes\" style=\"margin-top:0px;margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper\"><p>Kenyataan-kenyataan tersebut bukan saja menggambarkan idea-idea umum tentang Sunat Perempuan, bagaimana orang mempertahankan Sunat Perempuan, tetapi juga aspek-aspek negatif yang mereka nampak. Bagi apa=apa kempen pun, amat penting untuk ketahui idea salah yang manakah yang anda perlu tangani.<\/p>\n<div class=\"fusion-flip-boxes flip-boxes row fusion-columns-1\" id=\"flipp-guide\"><div class=\"fusion-flip-box-wrapper fusion-column col-lg-12 col-md-12 col-sm-12\"><div class=\"fusion-flip-box\"><div class=\"flip-box-inner-wrapper\"><div class=\"flip-box-front\" style=\"background-color:#ffffff;border-color:#c4e7e0;border-radius:6px;border-style:solid;border-width:12px;color:#484759;\"><div class=\"flip-box-front-inner\"><h2 class=\"flip-box-heading\" style=\"color:#484759;\">Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini <\/h2>word pdf odt<\/div><\/div><div class=\"flip-box-back\" style=\"background-color:#c4e7e0;border-color:#c4e7e0;border-radius:6px;border-style:solid;border-width:12px;color:#ffffff;\"><div class=\"flip-box-back-inner\">\n<h2><a href=\"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/material\/\">Download<br \/>\nNow<\/a><\/h2>\n<\/div><\/div><\/div><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-one-full fusion-layout-column fusion-column-last fusion-spacing-yes\" style=\"margin-top:0px;margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper\"><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep sep-double\" style=\"border-color:#e6e4e5;border-top-width:1px;border-bottom-width:1px;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:30px;margin-bottom:10px;\"><\/div><div class=\"fusion-widget-area fusion-widget-area-1 fusion-content-widget-area\"><div id=\"nav_menu-2\" class=\"fusion-footer-widget-column widget widget_nav_menu\"><div class=\"menu-top-malaiisch-container\"><ul id=\"menu-top-malaiisch\" class=\"menu\"><li id=\"menu-item-12411\" class=\"menu-item menu-item-type-post_type menu-item-object-page menu-item-12411\"><a href=\"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/contact\/\">Contact Malay<\/a><\/li>\n<li id=\"menu-item-13381\" class=\"menu-item menu-item-type-post_type menu-item-object-page menu-item-13381\"><a href=\"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/about-us\/\">About us<\/a><\/li>\n<li id=\"menu-item-12412\" class=\"menu-item menu-item-type-post_type menu-item-object-page menu-item-12412\"><a href=\"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/imprint\/\">Imprint<\/a><\/li>\n<\/ul><\/div><div style=\"clear:both;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-additional-widget-content\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/12326"}],"collection":[{"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12326"}],"version-history":[{"count":23,"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/12326\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14474,"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/12326\/revisions\/14474"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/fgm-survey-tool.net\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12326"}],"curies":[{"name":"wp","href":"httpss:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}