Buat survei atau kaji selidik anda sendiri

Bagaimana untuk mengumpulkan data berkenaan Sunat Perempuan

Sunat Perempuan adalah suatu pelanggaran hak asasi manusia. Namun, ia masih diamalkan di banyak tempat. Malah, di sesetengah negara dan masyarakat, ia merupakan perkara yang tabu atau sesuatu yang tidak digalakkan untuk diperbincangkan . Dengan adanya data tentang betapa berleluasanya amalan ini, maka anda boleh memecahkan tembok kebisuan ini. Di ruang maya atau online ini, akan akan dapati panduan-panduan dan nasihat tentang bagaimana untuk merekabentuk kaji selidik yang kecil dan mudah mengenai Sunat Perempuan. Anda juga akan dapati keterangan bagaimana untuk melanjutkannya, untuk membuat penilaian atau evaluasi dan bagaimana untuk membentangkan hasil kajian anda tersebut.

Juga terdapat dalam bahasa Parsi, Arab dan Melayu

Titik Permulaan

Perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum anda bermula

Berapa banyak masa yang kamu ada? Apakah status perundangannya? Apakah ada sesiapa yang boleh bantu anda? Dan yang penting sekali : Apa yang anda mahu tahu? Sekiranya anda belum begitu memikirkan projek anda dengan mendalam, maka pengenalan ringkas ini akan membantu anda memikirkan idea anda dengan jelas.

Kumpulan Sasar

Siapa yang akan menjawab soalan-soalan kajiselidik anda?

Anda boleh menyoal orang di jalan, ketuk pintu rumah orang atau hantarkan soalan-soalan kaji selidik anda melalui email atau pada semua kontak media sosial anda. Perkara penting yang anda perlu putuskan dengan jelas ialah siapakah kumpulan sasar anda. Di sini, anda fikirkan tentang buruk baik setiap pendekatan yang akan anda ambil.

Borang soal selidik asas

Bagaimana menggunakannya

Kami telah merekabentuk borang soal selidik asas yang pendek mengenai Sunat Perempuan. Di sini kami ingin menjelaskan bagaimana untuk menggunakannya: Mengapa anda perlu menanyakan sesetengah soalan tertentu dan bagaimana anda boleh mengubah suai soalan-soalan kaji selidik yang telah disediakan, bagi tujuan atau keperluan anda.

 

Kumpulan Sasar Lelaki

Lelaki juga mempunyai pendapat, jadi tanyalah mereka

Hampir dalam semua kajian mengenai Sunat Perempuan, biasanya wanita sajalah yang diwawancara dalam soalan kaji selidik. Mungkin anda mengatakan kerana merekalah yang terlibat. Namun, sebenarnya lelaki juga menerima kesan dari Sunat Perempuan – walaupun mungkin secara tidak langsung. Lelaki boleh mempengaruhi keputusan dan mereka boleh jadi penentu dalam perdebatan umum. Maka, menarik dan penting juga untuk ketahui apa pendapat mereka.