Kumpulan Sasar
Siapakah yang anda mahu tanya? Di mana?
Dengan mengenalpasti kumpulan ini bermakna anda akan menjawab soalan-soalan utama mengenai fokus dan tujuan kaji selidik anda. Oleh kerana itu, anda harus jelas tentang objektif kaji selidik anda! Namun, ada kalanya ia terbalik , iaini fokus dan dan hasil kaji selidik anda mungkin akan ditentukan pula oleh siapakah yang anda mampu hubungi untuk diwawancara.
Apakah anda mahu bertanya pada wanita dan tujuan anda ialah untuk mengetahui berapa ramai wanita di bandar Z yang telah disunatkan? Jika begitu, maka wanita di bandar Z ialah kumpulan sasar anda. Atapun : Anda mahu tanya lelaki di kampung-kampung Bor dan Gor, apa pandangan mereka tentang Sunat Perempuan. Maka, kumpulan sasar anda ialah para lelaki di kampung Bor dan Gor. Kumpulan sasar anda boleh jadi juga ahli-ahli kumpulan agama , pelajar atau doktor.
Biasanya, anda tidak akan dapat menyoal mereka semuanya. Maka anda perlu pilih sampel yang boleh mewakili kumpulan sasar tersebut.
Apakah anda telah buat keputusan yang anda mahu tahu berapa peratuskah penduduk di bandar anda yang mengamalkan Sunat Perempuan? Jika begitu, orang-orang yang anda wawancara haruslah mewakili penduduk di bandar anda dari segi umur, pendidikan, kelas, agama dan etniknya. Jika anda melakukannya dengan betul, maka ia disebut sebagai ‘pensampelan rawak’.
Ia adalah yang paling bagus jika anda mahu buat kenyataan yang tepat mengenai amalan dan pendapat masyarakat atau sesuatu kumpulan secara keseluruhannya. Akan tetapi, ia mungkin mngambil masa yang sangat lama dan dalam sesetengah keadaan, anda mungkin tidak dapat mengumpul sampel sedemikian.
Mungkin anda hanya mahu menyoal orang-orang yang mudah anda hubungi atau temui seperti kawan-kawan anda dan kawan pada teman-teman anda itu. Anda juga boleh menyoal orang-orang di jalan atau di pusat-pusat membeli-belah, ataupun mungkin anda boleh menyoal orang-orang di balai raya atau dewan masyarakat di tempat anda, yang mana mudah untuk anda berjumpa dan bersembang dengan mereka.
Akan tetapi, kawan-kawan anda atau “Para wanita yang membeli-belah pada hari Isnin di Pusat Membeli-belah di bandar Z” mungkin bukanlah kumpulan sasar yang anda mahukan. Anda tidak mahu menerbitkan kajian dengan hasil “50% dari kawan-kawan saya telah disunatkan”.
Teman-teman anda adalah sebahagian dari ahli masyarakat. Maka dengan menyoal mereka, akan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat tentang masyarakat anda. Namun, masalahnya ialah : Jika anda hanya bertanya pada mereka atau pada wanita di pusat membeli belah, mereka tidak mewakili keseluruhan masyarakat dari segi umur, kelas (spt kelas bawah, menengah atau kelas atasan) dan latarbelakang.
Anda masih boleh melakukannya dan anda masih boleh membuat kajian yang baik dari hasil kaji selidik mengenai Sunat Perempuan dalam sebuah kumpulan sasar tertentu : Wanita yang membeli belah adalah sebahagian dari kumpulan sasar “wanita di bandar Z” – cuma mereka tidaklah mewakili keseluruhan masyarakat tersebut.
Dalam keadaan sebegini, sampel yang anda pilih ini dipanggil sebagai ‘pensampelan konvenien’ (atau ‘pensampelan mudah’).
Pensampelan konvenien tidak akan memberi hasil yang kukuh tentang betapa berleluasanya amalan Sunat Perempuan di dalam kumpulan sasar anda. Jika anda dapat tahu betapa lumrahnya Sunat Perempuan dari kajiselidik di pusat membeli belah atau betapa lumrahnya di kalangan teman-teman anda atau kawan pada teman-teman anda, maka hasil kajian ini tidak boleh dijadikan sebagai fakta umum.
Aspek-aspek kualitatif, iaitu mengapa dan bagaimana Sunat Perempuan dilakukan, adalah merupakan hasil kaji selidik yang sebenar. Walau bagaimana pun, jika anda mengambilkira beberapa parameter seperti umur, latarbelakang sosial dan agama orang-orang yang anda wawancara itu, suatu pensampelan konvenien masih boleh memberikan hasil kajian yang boleh dijadikan asas mengenai keluasan amalan Sunat Perempuan.
Anda mahu sebuah penaksiran tepat mengenai Sunat Perempuan dalam masyarakat anda dan anda mempunyao waktu dan keupayaan pergi rumah ke rumah. Klik : Pensampelan Rawak
Click edit button to change this text.
Pilih kumpulan sasar anda!
Pertama sekali, anda harus fikirkan tentang siapa yang anda mahu wawancara. Anda mahu wawancara wanita atau lelaki? Wanita yang bagaimana? Di kampung atau di bandar?