Menyoal Lelaki

Hampir semua survei berkenaan Sunat Perempuan hanya bertumpu pada perempuan – mungkin anda fikir memang kebiasaannya begitu. Namun, lelaki juga mendapat kesan dari Sunat Perempuan – sekurang-kurangnya secara tidak langsung. Mereka boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam keluarga dan mereka boleh jadi faktor penentu dalam perdebatan awam. Oleh kerana itu, amatlah menarik untuk tahu apa yang mereka fikirkan.

Jika anda hanya mahu tahu betapa berleluasanya Sunat Perempuan, maka cukuplah sekadar bertanya pada para perempuan sahaja. Biasanya mereka lebih tahu dari lelaki. Jika anda mahu tahu mengapa Sunat Perempuan dilakukan dan apakah sikap masyarakat awam mengenai amalan Sunat Perempuan, maka bagus untuk mengetahui pendapat kedua-dua lelaki dan perempuan. Justeru, kami telah mengubahsuai borang soal selidik asas kami untuk lelaki dan telah menambah beberapa soalan tentang sebab-sebab atau puncanya.

Lelaki tidaklah mendukung Sunat Perempuan begitu saja. Sepertinya ada peningkatan kesedaran bahawa Sunat Perempuan memberi kesan negatif pada hubungan suami isteri. Akan tetapi, terdapat juga pendapat yang bertentangan iaitu Sunat Perempuan meningkatkan kenikmatan hubungan seksual! Tentu saja pendapat mana yang lebih kuat di kalangan orang lelaki akan memberi pengaruh besar terhadap kejayaan kempen. Bagi kempen-kempen mengenai Sunat Perempuan di masa depan, mungkin lelaki akan menjadi kumpulan penting untuk diberi perhatian.

Maka cubalah berkempen dengan lelaki juga! Mungkin kumpulan aktivis anda terdiri dari wanita dan juga lelaki? Mungkin sukar untuk mereka berbicara dengan wanita tentang Sunat Perempuan , maka mereka bolehlah menyoal para lelaki.

Soalan

Soalan kajiselidik untuk lelaki tertumpu pada 2 perkara penting:

  • Apakah lelaki sebahagian dari keseluruhan prosedur amalan Sunat Perempuan, apa yang mereka ketahui, adakah mereka berkata apa-apa mengenainya?
  • Apakah sikap mereka terhadap Sunat Perempuan, terutamanya dalam isu seksualiti

Borang Soal selidik yang Terbuka untuk Lelaki

Setelah anda ubahsuai borang soal selidik anda untuk lelaki mengikut keadaan masyarakat anda, bacalah tentang cara melakukan wawancara di bahagian “Pergi ke lapangan”.

Latarbelakang : Apa yang kita sudah tahu tentang lelaki dan Sunat Perempuan setakat ini
Hanya baru-baru ini saja lelaki dianggap sebagai objek yang menarik untuk disoal tentang Sunat Perempuan. Beberapa kajian yang memasukkan lelaki mula menunjukkan hasil kajian yang menyebalkan dan memeranjatkan : Di kebanyakan masyarakat, terutamanya di luar Afrika, lelaki – bapa! – langsung tidak sedar yang anak perempuannya telah dipotong atau dicacatkan alat kelaminnya. Kadangkala mereka mengatakan mereka tahu ianya dilakukan tetapi mereka tidak punya pengaruh untuk membuat keputusan mengenainya. Seringkali Sunat Perempuan hanya jadi urusan wanita sahaja, dan biasanya oleh nenek-nenek. Kerap berlaku yang malah ibu pun tidak terlibat dalam membuat keputusan dalam penyunatan anak perempuannya sendiri. Namun, suatu kajian telah menunjukkan yang lelaki sebenarnya punya pengaruh, walaupun mereka sendiri mungkin tidak menyedarinya. Jika seorang ibu membuat keputusan tidak mahu menyunatkan anak perempuannya, di kalangan masyarakat yang masih mengamalkannya, keputusan ibu tersebut biasanya akan disokong oleh suaminya iaitu bapa anak perempuan tersebut. Dalam kata lain: Sepertinya kedua-dua ibu dan juga bapa perlu membuat keputusan dan tindakan bersama dalam menghentikan amalan Sunat Perempuan.

Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini

word pdf odt