Tentang manual
TIDAK pada FGM (Sunat Perempuan) !
(atau apa pun perkataan bagi FGM yang biasa disebut dalam masyarakat anda)
Anda tahu bahawa Sunat Perempuan diamalkan dalam masyarakat anda.
Anda mahu ianya dibincang dan diperdebatkan, akan tetapi TIADA SIAPA yang bercakap mengenainya secara terbuka. Ataupun isu ini dipendamkan saja: Orang kata ia adalah tradisi kuno yang tidak diamalkan lagi. Atau mereka kata : Ia hanyalah simbolik saja, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Akan tetapi : ia merupakan isu kesihatan dan juga isu hak wanita yang serius dan anda agak yakin yang ia masih diamalkan. Lalu, apa yang anda boleh buat? Suatu cara yang baik dalam memulakan perdebatan umum ialah dengan menyiarkan hasil kaji selidik, walau sekecil mana sekalipun sampel nya.
Tentunya anda tidak dapat mengatasi kehebatan jentera jabatan-jabatan kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Mereka mampu untuk membuat survei atau kaji selidik di seluruh negara atau malah di seluruh nusantara. Pastinya mereka boleh mengumpul lebih banyak data yang yang lebih banyak dan mantap, berbanding dengan hasil kaji selidik yang kecil. Tetapi, itu bukan masalahnya:
- Survei atau kaji selidik di kawasan setempat boleh berfungsi sebagai ‘pemacu’ dan pembuka pintu. Ia menjadi bahan bukti kepada pembuat-pembuat keputusan tentang wujudnya masalah ini. Bagi ahli-ahli politik tempatan atau pun pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, mereka tidak perlu bertindak selagi tidak ada data. Dalam kebanyakan kes, mereka tidak akan bertindak tanpa adanya data, walaupun anda melakukan aktivisma secara lantang.
- Data akan memaksa orang-orang besar untuk mengambil tindakan! Mulakan perdebatan umum tentang Sunat Perempuan. Jadilah orang yang pertama untuk mengeluarkan Data. Jadikan Sunat Perempuan sebagai isu dalam masyarakat anda, kerajaan anda dan/atau badan antarabangsa seperti UNICEF. Jika ada data yang sahih, maka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab untuk campurtangan menentang Sunat Perempuan . Ia kerana ada resolusi PBB yang mengharamkan Sunat Perempuan atau FGM.
- Tidak mengapa jika anda hanyalah suatu kumpulan kecil di kawasan anda ataupun jika anda hanyalah aktivis yang seorang diri! Anda tetap boleh mulakan perubahan. Semuanya terpulang pada anda. Dan di peringkat antarabangsa, ada aktivis-aktivis yang sedang menunggu untuk memberi sokongan dan membantu anda. Bacalah lebih lanjut tentang kami.
Bagi memberi anda gambaran apa yang anda boleh baca di mukasurat-mukasurat berikutnya:
- Panduan dan borang soal selidik bagi survei/tinjauan asas mengenai Sunat Perempuan
- Cadangan bagi soalan tambahan di borang soal selidik, untuk mendapatkan data yang lebih kompleksSuatu borang soal selidik yang khusus untuk lelaki
- Panduan untuk merekabentuk dan melaksanakan survei/tinjauan
- Suatu senarai semakan untuk memulakan kerja
- Beberapa kesilapan yang harus dielakkan
Bantuan peribadi
Kumpulan yang menguruskan halaman ini sedang menunggu anda untuk menghubungi kami. Kami adalah sebuah pertubuhan yang bukan untuk meraih keuntungan kewangan, yang memberikan khidmat secara percuma. Kami akan memberi nasihat dan membantu anda semana boleh, terutamanya dalam membuat penilaian dan juga menerbitkan hasil kaji selidik anda.
Kami mengharapkan kerjasama yang baik atas dasar saling mempercayai. Kami akan rahsiakan apa-apa saja maklumat yang anda tidak mahu diketahui orang , dan tiada sebarang tindakan yang akan diambil tanpa persetujuan anda.
Pergi ke “Tikit Permulaan“
Di halaman online ini, anda boleh mendapatkan panduan dan nasihat tentang cara merekabentuk suatu survei yang mudah dan singkat mengenai FGM iaitu Pemotongan Genitalia Perempuan atau bahasa mudahnya ‘Sunat Perempuan’. Kami akan terangkan bagaimana untuk menambah soalan survei jika anda mahu, bagaimana untuk menilai dan juga bagaimana cara membentangkan atau kongsikan hasil kajian itu nanti.