Analisa & Penilaian

Sekarang anda punya suatu timbunan kertas di hadapan anda dan anda perlu pindahkan keputusan pada suatu tabel atau jadual.

Jika anda buat survei secara online, program ini akan membantu melakukannya untuk anda. Namun, anda tetap masih boleh terus membaca untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dengan jadual-jadual ini. Program survei online anda mungkin juga menyediakan cara untuk korelasikan atau menghubungkaitkan hasil keputusan dan mengira peratusan. Akan tetapi, adalah bagus untuk memahami apakah yang dilakukan oleh program itu atau apakah kemampuannya.
Jika anda telah biasa dengan Excel, pindahkan hasil kajian anda ke carta Excel. Jika tidak, gunakanlah program lain (seperti Word) yang boleh membuat jadual.

Setiap soalan akan ada jadual seperti ini:

Pendidikan : Soalan 5

Buta huruf Membaca & Menulis Primer Sekunder Universiti Lain-lain
Bilangan peserta 20 24 11 30 14 1

Jadual bagi soalan 1-9 hanya memberi gambaran besar mengenai kumpulan sasar anda. Anda boleh periksa sama ada sampel anda adalah sama dengan penduduk secara keseluruhannya. Jika kadar buta huruf di kalangan penduduk tersangat besar atau rendah, anda hendaklah berhati-hati bila membuat rumusan dari soalan-soalan 10-15. Anda perlu membuat korelasi terlebih dahulu sebelum anda boleh berkata apa-apa mengenai kadar Sunat Perempuan secara keseluruhannya.

Jika anda dapati yang sample anda adalah sama dengan penduduk (atau kumpulan sasar yang anda pilih, seperti pelajar), maka anda telah pun mendapat hasil yang boleh dipercayai, dari soalan-soalan 10-15.

Sunat Perempuan – Di bawah Soalan 10

Ya Tidak Tidak Tahu
Bilangan Peserta 75 15 10

Hasil kajian anda adalah: 75% dari kumpulan sasar anda (contohnya wanita di bandar Z) telah disunatkan – HANYA JIKA sampel anda selari dengan penduduk. Jika pensampelan anda tidak selari atau cocok dengan penduduk, maka anda perlu jelaskan hasil kajian anda dengan berhati-hati. Anda boleh katakan: Dalam suatu kajian yang tidak berperwakilan di kalangan wanita di bandar Z, amalan Sunat Perempuan telah didapati berlaku sebanyak 75% .

Korelasi

Sekarang anda boleh periksa berapa kerap sesuatu indikator (penunjuk) seperti umur, pendidikan dsb mempunyai korelasi (hubungkait) dengan wanita-wanita yang telah disunatkan, niat mereka untuk menyunatkan anak-anak perempuan mereka dan juga pendapat mereka tentang berterusannya amalan Sunat Perempuan. Begitu juga sebaliknya, anda juga akan dapat menyemak indikator-indikator yang mana yang paling banyak di kalangan wanita yang tidak bersunat.

Penemuan ini akan banyak memberitahu anda tentang keluasan amalan Sunat Perempuan di kalangan kelompok masyarakat yang berbeza. Di dalam contoh ini, akan dapat lihat jika tahap pendidikan mempengaruhi kebarangkalian wanita disunatkan.

Sunat Perempuan – Di bawah / Pendidikan

Ya   Tidak Tidak Tahu
17 2 1 Buta Huruf
19 3 0 Membaca & Menulis
8 1 2 Primer
20 8 2 Sekunder
8 6 0 Universiti
0 0 1 Lain-lain

Elakkan kesilapan: Bila anda baca jadual ini, anda harus sentiasa ingat bahawa bukan semua kumpulan (buta huruf, sekunder dsb) adalah sama besarnya. Jangan hanya sekadar lihat baris kiri dan anggap bahawa, seperti kes ini, Sunat Perempuan banyak berlaku di kalangan lulusan sekolah menengah.

Anda harus kira peratusannya sekarang. Hasil kajian anda hendaklah selalu dalam bentuk peratusan. Akan tetapi, tidak seperti di jadual yang hanya mempunyai satu soalan yang mudah, nombor di jadual tidak sama dengan peratusan di sini.

Jika kita nak tahu betapa berleluasanya Sunat Perempuan di kalangan lulusan sekolah menengah, kita harus tahu berapakah peratusan 20 dari jumlah 30 .

Berikut adalah formula mudahnya:

20/30 x 100 = 66.66%

Jadi, di dalam contoh ini, 66.7 % (anda boleh jadikannya nombor bulat) dari lulusan sekolah menengah telah disunatkan. Jika anda mengira untuk tahap-tahap pendidikan yang lain, anda akan dapati di dalam contoh ini bahawa Sunat Perempuan bukanlah perkara yang paling kerap berlaku di kalangan lulusan sekolah menengah.

Letakkan hasil kajian anda di dalam jadual tambahan!

Sunat Perempuan – Peratusan Pendidikan/Di Bawah

Buta Huruf 85%
Membaca & Menulis 86%
Primer 72%
Sekunder 66,7%
Unversiti 57%
Lain-lain 0

Kini, secara sekali imbas saja pun, anda telah mempunyai hasil kajian yang jelas dan anda boleh membuat kesimpulan bahawa: FGM lebih banyak berlaku di kalangan wanita berpendidikan rendah.

Elakkan rumusan yang salah: Jika sesebuah kumpulan itu adalah terlalu kecil dan tidak signifikan, maka anda tidak punya hasil. Jika anda wawancara kurang dari 10 wanita yang buta huruf, maka keputusannya boleh jadi kebetulan saja. Perkara ini sangat benar, terutamanya jika jawapan-jawapan mereka tidak memberi gambaran yang jelas. Dalam contoh kami, terdapat kurang kurang dari 10 wanita yang mempunyai pendidikan primer. Amatlah bermasalah jika anda membuat rumusan berdasarkan dari jawapan mereka sahaja. Akan tetapi, gambaran dari 8 wanita yang mengatakan Ya dan 1 mengatakan Tidak itu lebih jelas. Sekiranya 6 wanita yang mengatakan Ya dan 3 mengatakan Tidak, anda TIDAK boleh menggunakan hasil keputusan ini. ATAUPUN anda boleh menggabungkan kumpulan-kumpulan tersebut. Ambillah pendidikan primer dan kumpulan buta hurus sebagai satu kumpulan. Maka, anda punya 31 – apa-apa kumpulan yang lebih dari 30 pasti boleh memberi hasil kajian yang lebih boleh dipercayai.

Anda harus korelasikan atau hubungkaitkan kesemua soalan-soalan 1-9 dengan soalan-soalan 10-15 dan lihat jika ia memberi keputusan yang signifikan. Ada yang mungkin tidak dan anda mungkin tidak akan menggunakannya apabila anda terbitkan hasil survei anda itu nanti. Namun, apa yang penting ialah anda telah semak.

Anda juga boleh korelasikan soalan-soalan 10-15 antara satu sama lain. Ia mungkin akan menghasilkan keputusan yang menarik juga.

Sebagai contoh, ambil soalan 12 “Mengapa mereka menyunatkan anda?” dan soalan 15 “Anda fikir Sunat Perempuan harus diteruskankah?”

Mengapa Sunat Perempuan/ Sunat Perempuan Diteruskan

Ya (Sunat Perempuan harus diteruskan)  Tidak (tidak harus diteruskan)  Tidak Tahu
Tradisi / budaya 10 8 2
agama 25 4 1
keluarga 5 13 2
Lain-lain 5 5 0
Tidak tahu 2 8 0

Jika anda kira peratusan dalam contoh ini, anda akan dapati bahawa 50% dari yang telah disunatkan kerana tradisi, mahu amalan ini diteruskan. Dari kumpulan yang disunatkan kerana agama, 83% mahu ianya diteruskan. Maka, anda boleh menyimpulkan bahawa agama adalah sebab atau alasan yang lebih kuat dalam penerusan amalan Sunat Perempuan ini.

Jika anda telah membuat semua pengiraan yang anda dapati berguna, kini anda boleh membaca mengenai cara menulis hasil survei anda sebagai suatu kertaskerja yang boleh diterbitkan di bahagian “Penerbitan”.

“Correlation, a definition: “A mutual relationship or connection between two or more things: research showed a clear correlation between recession and levels of property crime.”

Oxford Dictionaries

Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini

word pdf odt