Pergi ke Lapangan

Beberapa petua praktikal

Jadual

Sebelum anda mula, pastikan jadual anda itu praktikal iaitu mampu dilaksanakan dan telah difikirkan dengan baik, terutama sekali jika anda bekerja secara berkumpulan. Tuliskan siapa pergi ke mana dan bila. Agak berapa banyak waktu yang diperlukan untuk melakukan wawancara dan kemudian semak semula sama ada andaian anda itu tadi benar atau tidak. Jika anda dapati yang anda perlukan lebih banyak waktu lagi, mungkin anda perlu tukar panjangnya borang soalselidik anda atau saiz pensampelan anda.

Borang-borang Soal Selidik

  • Cetak atau fotokopi 100 helaian, kepilkan helaian-helaian setiap borang soal selidik tersebut, dan tuliskan nombor di atasnya. Nyatakan juga nama tempat atau lokasi bagi setiap wawancara soal selidik yang dilakukan. Sekarang anda sudah bersedia untuk pergi ke lapangan.
  • Nyatakan di jadual anda siapa mendapat nombor borang yang mana dan lokasi yang mana.
  • Bawa buku nota atau sediakan beberapa helaian tambahan (yang dinyatakan tarikh dan lokasi) untuk menulis maklumat tambahan dan komen-komen yang dibuat oleh peserta soal selidik.

Melakukan Wawancara

Apabila anda mahu mewawancara wanita yang anda tidak kenali:

  • Tanya mereka jika mereka punya waktu 10 minit untuk menjawab soalan-soalan bagi suatu survei. Anda jangan terlalu memperincikan tujuan kajian anda. Anda boleh katakan bahawa ianya tentang amalan khatan/sunat atau amalan-amalan tradisi. Namun, pada mula-mulanya, janganlah cakap terlalu banyak, dan jangan sekali-kali menyatakan pendapat anda sendiri. Anda hanya boleh beritahu mereka kemudiannya.
  • Yakinkan mereka yang anda bukan dihantar oleh kerajaan dan anda tidak mahu tahu nama mereka.
  • Beritahu mereka yang anda adalah seorang ahli akademik, pelajar, wartawan ataupun bekerja dengan pertubuhan/kumpulan anda
  • Jangan sampai berbohong pada orang ramai !
  • Terangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Anda akan bertanya soalan dan berikan mereka beberapa jawapan untuk mereka pilih.
    Secara umumnya, anda tidak boleh ambil nama-nama mereka. Jika anda menawarkan orang untuk memberitahu tentang hasil kajian anda nanti, maka tuliskan nama-nama mereka di kertas lain, dan BUKAN di atas kertas borang soal selidik anda itu.

Semasa wawancara

  • Bacakan soalan dan pilihan-pilihan jawapan
  • Jika pilihan jawapan lebih dari 4, bacakanlah sebanyak dua kali.
  • Apabila anda bertanya soalan, anda harus bersikap neutral iaini tidak berpihak.

Peserta dibolehkan memberi beberapa jawapan (kecuali seperti umur dsb)

Baca di seksyen ‘Analisa & Penilaian’ apa yang perlu dibuat dengan jawapan-jawapan yang anda telah perolehi dan bagaimana menjadikannya sebagai hasil kajian.

Biarkan setiap wanita menjawab setiap soalan. Sekiranya beliau tidak boleh ataupun tidak mahu memberi jawapan, maka anda perlu tandakan di pilihan ‘tidak berkenaan’. Jika tidak, mungkin anda akan dapat timbalbalas berat sebelah yang boleh memberi kesan terhadap kualiti survei anda.

Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini

word pfd odt