Bagaimana Menggunakan Borang Soal Selidik yang Asas

Kami telah merekabentuk suatu borang soal selidik yang pendek, yang anda boleh gunaka, mengenai Sunat Perempuan.

Borang soal selidik ini telah diuji beberapa kali dan didapati berkesan jika diolah menurut konteks anda. Kami juga telah membuat satu versi bagi lelaki yang mana beberapa soalan telah diolah. Akan tetapi pada dasarnya ia berkesan sama seperti borang soal selidik untuk perempuan. Maka, walaupun anda hanya mahu mewawancara lelaki, teruskanlah membaca.

Anda boleh dapati borang soal selidik ini dalam empat bahasa:

  • Inggeris
  • Arab
  • Parsi (Iran)
  • Melayu

Sebelum anda mula memeriksa borang soal selidik asas dan penambahannya, ingatlah tentang beberapa kebenaran umum mengenai borang soal selidik:

Orang mungkin sekadar menjawab apa-apa yang mereka fahami saja dan mereka akan menjawab soalan-soalan dengan jujur bagi yang mereka rasakan tidak menghina atau menyakitkan hati. Terminologi yang lemah akan menghasilkan ketidaktepatan hasil kajian. Anda perlulah fikirkan mengenai:

  • Apakah frasa atau perkataan yang sesuai bagi masyarakat anda? Bagaimana caranya anda bertanya kawan anda mengenai Sunat Perempuan?
  • Soalan-soalan yang sensitif dan tidak secara langsung : Harus diingat yang sesetengah orang mungkin tidak suka bercakap tentang sesuatu perkara tertentu. Ataupun, mungkin mereka tidak akan menjawab soalan-soalan yang sensitif dengan jujur. Maka, dalam sesetengah keadaan, cubalah tanya soalan secara bijaksana dan tidak secara terlalu terus. Anda akan dapati beberapa contoh dalam ‘Tambahan I ‘ kami.
  • Kadangkala anda perlu memecahkan tabu atau pantang larang bagi mendapatkan jawapan yang anda perlukan. Terpulang pada anda apa yang anda berani cabar.
  • Bagi mengekalkan kebolehpindahan di peringkat antarabangsa, kami cadangkan agar anda menyediakan versi Bahasa Inggeris dari awal kerja anda.

Bila anda mengolah borang soal selidik ini bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat anda, usahlah sebut ‘FGM’ atau ‘mutilasi’. Gunakan perkataan yang paling biasa digunakan – seperti ‘khatan’ atau ‘sunat perempuan’. Kami telah menggunakan perkataan ‘Khatana’ di dalam semua borang soal selidik kami. Ia adalah perkataan yang paling biasa digunakan oleh masyarakat Islam yang mengamalkan FGM. Jika ada perkataan lain yang biasa digunakan di kalangan masyarakat anda, sila tukarkan perkataan FGM atau Khatana ke perkataan tersebut, di dalam borang soal selidik anda.

Rekabentuk Borang Soal Selidik yang Asas

Dalam soaljawab asas, kami telah hadkan bilangan soalan pada 17 sahaja. Anda boleh melakukan setiap wawancara dalam masa 10-15 minit (tentunya bergantung pada berapa lama anda memperkenalkan diri anda, sembang-sembang kosong dahulu sambil minum teh dsb). Kesemua 17 soalan ini adalah asas sahaja, akan tetapi sudah cukup berkesan untuk mengumpulkan segala maklumat yang anda perlukan untuk survei asas dalam mengetahui betapa meluasnya amalan Sunat Perempuan dan punca-puncanya di dalam masyarakat anda.

Sila buka borang soal selidik itu sekarang. Pada bahagian berikutnya, kami akan terangkan setiap perkara di halaman tersebut.

  • Bilangan: Setiap borang soal selidik mempunyai nombor (1-100). Anda perlu menuliskan nombornya SEBELUM anda memulakan wawancara. Sekiranya salah satu borang telah hilang, maka lebih mudah untuk anda mencarinya kemudian. Sebagai contoh: Borang 1-5 telah hilang dan anda teringat yang anda membawa beg yang lain semasa anda keluar mewawancara untuk pertama kalinya. Maka, carilah borang-borang 1-5 dalam beg itu!
  • Lokasi atau tempat: Isikan di mana anda lakukan wawancara, sama ada di kampung X, pusat membeli-belah Y atau ‘di hadapan perpustakaan’.
  • Perhatikan bagaimana kami menamakan soalan. Setiap soalan mempunyai kata singkatan seperti ‘Dilahirkan’ atau ‘FGM bersamb’, yang akan berfungsi sebagai penanda ringkas semasa kita pindahkan hasil kajian kepada carta-carta dan melakukan penilaian nanti.

Soalan 1-8

Bahagian soalan bermula dengan 8 (ditambah 2) soalan mengenai latarbelakang peribadi wanita yang disoal.

Soalan 1: Umur

Sebagai pilihan jawapan, kami hanya berikan dalam bentuk dekad sahaja. Namun kadangkala lebih masuk akal untuk menyatakan julat umur yang berbeza jika terdapat jurang generasi yang agak besar di dalam masyarakat anda. Revolusi, kemerdekaan atau rampasan kuasa seringkali menjadi punca terhadap jurang umur ini : Siapa yang masih muda ketika kejadian itu berlaku dan siapa yang sudah di pertengahan umur? Sesiapa yang masih muda ketika itu akan lebih mungkin untuk mempersoalkan tradisi – mungkin saja, atau mungkin juga tidak – anda harus menyiasatnya. Permulaan era pendidikan kanak-kanak perempuan juga merupakan penanda jurang yang sangat penting: Berapakah umur wanita-wanita masakini yang mula-mula mendapat pendidikan di negaranya dulu? Kumpulkan generasi ini dalam suatu julat umur tertentu dan sesiapa yang lebih tua di dalam kumpulan lain pula.

Jika anda wawancara pelajar atau lain-lain kumpulan yang homogen (iani ahli-ahli kumpulannya yang mempunyai ciri-ciri yang serupa atau tidak berlainan), maka anda boleh buangkan soalan ini atau menukarkannya. Sebagai contoh, tanyakan mereka sama ada mereka masih belajar di universiti ataupun sudah lepasan universiti. Dalam hal seperti ini, anda juga tidak perlu menanyakan tentang pendidikan mereka (soalan 5).

Soalan 2: Agama

Di Asia dan di beberapa negara di Afrika, Sunat Perempuan sangat berkait rapat dengan agama. Ramai orang percaya yang agama mereka menyuruhnya. Walaupun mungkin agama mereka tidak mengatakannya, seringkali berlaku korelasi antara sesetengah kepercayaan keagamaan dengan Sunat Perempuan, dan tidak oleh yang lain. Maka, menanyakan kepercayaan keagamaan mungkin sekali akan memberi hasil keputusan yang penting di kemudian hari.

Walau bagaimana pun, jika anda tidak selesa untuk bertanyakan tentang agama seseorang – atau ia malah boleh jadi berbahaya – maka JANGAN tanya! Mungkin anda boleh mengagak kepercayaan keagamaan mereka dari lokasi wawancara anda.

Soalan 3: Kumpulan Etnik

Perkara ini sama seperti isu agama. Bergantung pada konteks di tempat anda, mungkin anda tidak perlukan kedua-dua soalan ini: Jika kesemua orang-korang Kurdish adalah Sunni dan semua orang Armenia adalah Kristian, maka anda hanya perlu tanyakan etnik mereka sahaja. Anda mungkin boleh juga mencampurkannya begini: contohnya, ‘Anda orang apa?’ Kemungkinan jawapan yang diberi adalah: Kurdish, Turkmen, Kristian, Bahai dan sebagainya.

Soalan 3a &b: latarbelakang migrasi

Amalan Sunat Perempuan boleh juga dihubungkaitkan dengan sesetengah kawasan, ia mungkin lebih berleluasa di kampung-kampung dari di bandar-bandar, atau mungkin juga sebaliknya. Apabila orang berpindah dari kawasan luar bandar ke kota besar, biasanya mereka akan meneruskan amalan Sunat Perempuan untuk sekurang-kurangnya satu generasi. Dengan menanyakan tentang asal-usul ibubapa mereka akan dapat memberi petunjuk di daerah manakah di negara anda yang amalan Sunat Perempuannya paling berleluasa. Mungkin sekali ianya bukan suatu ‘tradisi’ langsung di kota anda, akan tetapi mereka yang mengamalkannya datang dari pelbagai daerah. Anda tidak perlukan soalan-soalan ini jika anda memang mewawancara orang di kampung-kampung, kerana migrasi atau perpindahan ke kampung sangat jarang sekali berlaku dan jumlahnya boleh diabaikan.

Soalan 4: Status Peribadi

Padamkan ‘berkahwin poligami’ jika ia tidak dibenarkan di negara anda.

Soalan 5, 6, 7 & 8: Pendidikan orang yang diwawancara, bapa dan ibu dan pekerjaan bapa

Sunat Perempuan sering dikaitkan (walaupun tidak semestinya begitu) dengan tahap pendidikan atau latarbelakang sosial. Dalam banyak negara, amalan Sunat Perempuan lebih berleluasa di kalangan masyarakat yang kurang berpendidikan. Walau bagaimana pun, di Asia ada contoh-contoh yang menunjukkan malah sebaliknya yang berlaku. Kami mahu anda tanyanak bukan saja tahap pendidikan wanita yang anda wawancara itu, tetapi juga untuk tanyakan tentang pekerjaan ibubapa mereka. Ia kerana latarbelakang keluarga mungkin jadi faktor penentu dalam penerusan amalan Sunat Perempuan. Mungkin wanita yang anda wawancara itu mempunyai ijazah, tetapi mungkin juga beliau datang dari keluarga miskin di kampung, yang mana pengaruh pandangan ibubapanya lebih kuat dari pengaruh yang didapati dari kedudukannya sekarang. Oleh kerana amalan Sunat Perempuan sering dilakukan oleh wanita tanpa penglibatan atau campurtangan lelaki, maka menarik untuk mengetahui sama ada hanya bapanya atau ibunya yang berpendidikan. Tidak ada persoalan tentang pekerjaan ibu, kerana dalam banyak keadaan ia tidak memberi sebarang pengaruh, terutamanya apabila jawapannya ialah ‘suri rumah tangga’. Dalam 90% kes, anda boleh jimatkan masa dengan tidak menanyakannya. Akan tetapi, anda harus tambahkan soalan itu jika ianya akan membawa anda pada hasil kajian tertentu menurut konteks anda. Terutama sekali jika ada ramai ibu tunggal dalam masyarakat anda, maka maklumat mengenai pekerjaan ibu sangatlah penting.

Wanita yang anda wawancara mungkin mempunyai ijazah universiti akan tetapi dia mungkin datang dari keluarga miskin di kampung. Oleh kerana FGM kebiasaannya dilakukan terhadap wanita

Terutama sekali jika terdapat ramai ibu tunggal di dalam masyarakat anda, makapenting.

Soalan 9 “Apakah anda mempunyai anak perempuan?”

Soalan ini hanya untuk menyemak jika soalan-soalan berikutnya tentang anak-anak perempuan telah difahami dengan betul. Anda boleh juga siasat sama ada mempunyai anak perempuan memberi kesan terhadap pendapat mereka mengenai Sunat Perempuan.

Soalan 10/11

Jika salah satu dari keduanya telah dijawab dengan ‘ya’, maka anda perlu teruskan dengan soalan-soalan 12-17. Kalau tidak, maka wawancara anda telah pun selesai.

Soalan 12 & 13: Umur Sunat Perempuan

Sebagai pilihan jawapan, kami berikan julat umur yang tipikal (atau sering berlaku): Di sesetengah tempat, Sunat Perempuan dilakukan semasa anak-anak mereka masih bayi lagi, di sesetengah tempat lain mereka sunatkan sewaktu anak-anak perempuan mereka di umur tadika, dan ada yang melakukan upacara tertentu dan dilakukan sebelum umur baligh, manakala di sesetengah masyarakat ianya dilakukan sebelum wanita itu berkahwin. Maka, sesuaikanlah pilihan jawapan dengan konteks masyarakat anda.

Soalan 14: Mengapa FGM dilakukan?

Kami menawarkan jawapan-jawapan punca yang mungkin paling biasa sekali. Namun, anda harus tambahkan punca-punca atau sebab-sebab lain berdasarkan pada apa yang telah anda dengar atau ketahui di kalangan masyarakat anda. Jika ada kepercayaan tertentu (contohnya di Sudan, mereka mempercayai klitoris akan menjadi panjang seperti penis), maka anda bolehlah menambahkannya.

Soalan 15&16: Siapa yang Melakukan Sunat Perempuan?

Dalam mengambil langkah menentang penerusan amalan Sunat Perempuan, adalah amat penting sekali untuk mengetahui siapakah orang-orang yang melakukannya. Dalam pilihan jawapan anda, anda perlu olahkan perkataan ‘bidan’. Ia kerana ada kalanya perkataan bidan merujuk pada orang yang menyambut bayi yang baru lahir, akan tetapi ia mungkin juga merujuk pada wanita yang mengurut atau membantu wanita dalam kecantikan badan.

Sebaik saja anda telah mengubahsuai soalan-soalan asas untuk disesuaikan dengan masyarakat anda, anda bolehlah baca mengenai Penambahan I dan II. Mungkin anda akan temukan soalan-soalan yang anda mahu tambahkan.

Jika anda hendak mewawancara lelaki sebagai tambahan atau selain dari perempuan, sila baca bahagian ‘Menyoal Lelaki’

Jika anda benar-benar puas hati dengan soalan-soalan asas ini, silalah baca bagaimana hendak melakukan wawancara, di dalam bahagian “Pergi ke lapangan”

Pergilah ke Pergi ke Lapangan “field”

Anda boleh mengubahsuai borang soal selidik yang asas ini menurut apa yang anda fikirkan berguna. Anda boleh membuang soalan dan menambah soalan-soalan lain. Bagi soalan-soalan tambahan, sila semak penambahan-penambahan kami terhadap borang soal selidik asas ini.

Semoga anda mendapat inspirasi !

Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini

word pdf odt