Sampel Rawak

The only method which leads to “representative” results

Ada beberapa cara dalam memilih sampel anda:

Anda tanya wanita-wanita di kumpulan tersebut , contohnya : di kampung atau kesemua pelajar di universiti anda, kesemua doktor di bandar anda dsb
Kita pilih sampel dengan cara pengiraan kasar, dengan mengambil kira umur, pendidikan, etnik dan lain-lain faktor yang berkenaan.

  • Anda soal wanita-wanita di kumpulan tersebut, contohnya : di sebuah kampung atau kesemua pelajar di universiti anda, kesemua doktor di bandar anda dsb
  • Kita pilih sampel secara pengiraan kasar, iaitu dengan mengambilkira umur, pendidikan, etnik dan lain-lain faktor yang berkenaan.

Kesemua wanita di dalam kumpulan

Anda telah memilih sebuah kampung, atau sebuah kawasan kecil, atau sebuah kumpulan wanita tertentu, contohnya pekerja-pekerja wanita di sebuah syarikat. Anda akan menyoal mereka semua. Namun, walau melakukan survei di sebuah kampung kecil pun, tidak bermakna semua wanita akan berada di rumah (jika hanya beberapa orang wanita saja yang tidak ada di rumah, tak mengapa. Akan tetapi jika separuh dari mereka tiada di rumah kerana keluar pergi kerja, maka sampel anda bukanlah ‘semua’nya).

Walau bagaimana pun, kaedah ini hanya berkesan jika kumpulan yang anda pilih itu mewakili kumpulan sasar atau memenuhi tujuan kaji selidik anda. Jika kebetulan anda mempunyai senarai nama ahli-ahli perniagaan wanita di bandar anda dan menganggap bahawa mereka adalah sampel anda, maka anda menghadapi masalah apabila mahu menafsirkan keputusan kaji selidik anda kelak. Ahli-ahli perniagaan wanita bukanlah mewakili keseluruhan masyarakat atau sebahagian dari masyarakat danmenyoal mereka tidak bermakna pada apa jua yang berkaitan punya kaitan apa pun dengan Sunat Perempuan.

Pelajar-pelajar universiti boleh mewakili sebahagian dari masyarakat jika mereka datang dari latarbelakan agama, etnik dan kawasan yang berbeza. Mereka bukan mewakili dalam bentuk pendidikan atau mungkin juga dari segi latarbelakang kelas masyarakat. Namun ia merupakan ciri jelas, orang yang membaca kajian anda akan terus memahaminya, “50% pelajar perempuan telah disunatkan” mudah difahami. “50 peniaga wanita telah disunatkan” akan membuatkan pembaca tertanya-tanya : Ini apa maksudnya?

Yang memberi kesan adalah kumpulan-kumpulan yang berkaitan dengan kesihatan – dan di sesetengah kes, agama. Jika anda dapati 50% doktor-doktor wanita yang mempunyai anak-anak perempuan telah menyunatkan anak-anak perempuan mereka, ataupun bercadang untuk menyunatkan mereka, maka ia suatu maklumat yang sangat penting bagi anda. Anda tentu sekali boleh merumuskan bahawa kadar Sunat Perempuan adalah tinggi dalam masyarakat tersebut, memandangkan orang-orang yang sepatutnya paling tahu tentang kesan buruk Sunat Perempuan, malah mereka sendiri pun melakukannya.

Pengiraan Kasar

Di mana anda boleh mencari kumpulan sasar yang baik? Apakah di kampung, bandar atau kota? Ada dua perkara yang anda harus fikirkan:
Anda harus ingat bahawa kawasan survei anda akan mempengaruhi hasil penyelidikan. Jika anda pilih kawasan suburbia atau pinggiran kota, maka anda mungkin dapat hasil penyelidikan yang berbeza berbanding dengan survei di kampung pedalaman. Bagus untuk memilih beberapa jenis tempat – kawasan bandar dan luar bandar, kaya dan miskin.

Apa yang boleh dilakukan secara praktikal? Apakah masa dan kewangan anda membolehkan anda ke kampung-kampung di pedalaman? Bolehkah anda mengetuk pintu-pintu rumah di kawasan bandar yang anda pilih? Bilakah waktunya orang berada di rumah?

  • Jika anda pergi dari rumah ke rumah, buatlah perancangan sebelum anda mulakan kerja survei.
  • Ambil peta. Bahagikan kawasan survei anda ke beberapa bahagian. Senaraikan tempat-tempat yang anda akan pergi. Di setiap tempat, anda nyatakan berapa wawancara yang anda mahu lakukan (bergantung pada saiz penduduk)
  • Anda akan pergi ke setiap tempat, dan kemudan cari kawasan-kawasan perumahan di kawasan itu untuk melakukan sejumlah wawancara seperti yang dirancang. Pergilah dari rumah ke rumah, pergi lebih dari sekadar satu jalan atau lorong. Jika anda pilih, cubalah pilih rumah secara rawak yang boleh. Bagi memastikan yang survei anda adalah rawak, anda harus soal seorang wanita sahaja bagi setiap keluarga, kemudian pergi ke rumah seterusnya – atau anda perlu tanya dua orang di setiap rumah.

Kumpulan etnik atau kumpulan keagamaan yang mana?

Harus diingat bahawa terdapat kumpulan-kumpulan sosial yang berbeza dalam kawasan yang anda tumpukan. Bolehkah anda membuat setiap satu kumpulan itu diwakilkan sewajarnya dalam survei anda? Sebagai contoh, jika anda mempunyai 25% lelaki Turkmen di bandar anda, anda boleh sertakan 25 wanita dari masyarakat Turkmen. Jadi, anda tidak akan menghadapi masalah dengan pengiraan nanti.

Sewaktu melakukan survei, mungkin sukar bagi anda untuk menentukan bilangan yang tepat yang selari dengan peratusan mereka dalam masyarakat. Dalam keadaan sebegini, anda harus pastikan yang sesuatu kumpulan itu tidak terlalu kecil. Jika anda hanya mewawancara dua orang Turkmen, jawapan mereka tidak akan menggambarkan langsung pandangan masyarakat Turkmen secara umumnya. Mungkin salah seorang darinya kebetulan satu-satunya wanita Turkmen di bandar itu yang telah disunatkan. Jika anda merumuskan bahawa 50% wanita Turkmen telah disunatkan, maka tentu saja ia jauh dari realiti sebenar.

Jika anda mewawancara 20 orang wanita, dan 10 darinya telah disunatkan, maka adalah diterima untuk anda menyatakan 50% wanita Turkmen di bandar itu telah disunatkan (dari bilangan yang sangat kecil itu, mungkin akan berlaku perbezaan besar dengan realiti: Mungkin realitinya 40% atau 60%, namun sekurang-kurangnya hasil penelitian anda tidaklah terlalu jauh terpesong).

  • Bagi mendapatkan data yang bermakna atau berkesan, setiap kumpulan hendaklah terdiri dari sekurang-kurangnya 30 orang.

Mungkin anda tidak akan dapat melakukan survei yang memberi 100% perangkaan tepat dalam bentuk statistik, sepertimana yang boleh dicapai oleh survei yang ‘besar’ yang mempunyai dana, tenaga kerja dan data penduduk yang hebat . Kita hanya cuba mewakilkan secara kasar kumpulan-kumpulan dalam survei kita yang sebenarnya memang wujud dan ada dalam masyarakat. Kita harus menggambarkan corak-corak keagamaan dan/atau etnik minoriti dan hubungan mereka – sekali lagi, secara kasarnya – dengan kumpulan-kumpulan lain.

  • Jika tiada data rasmi atau data sahih yang sedia ada mengenai penduduk (sebagai contoh : Semak ‘CIA World Factbook’ untuk maklumat tentang struktur umur di negara anda), maka dari maklumat tersebut, anda perlu buat pertimbangan bagi kawasan-kawasan yang anda mahu buat kajian itu.

Biasanya, dan ia akan jadi penentu hasil kaji selidik anda nanti, suatu kumpulan (etnik, agama…) yang mengamalkan Sunat Perempuan boleh dikenalpasti dengan jelas, manakala sebahagian dari masyarakat lainnya tidak mengamalkannya. Jika anda memang tahu perkara ini secara pasti, maka anda sudah mempunyai hipotesis yang jelas dan anda bolehlah menumpukan perhatian pada kumpulan tertentu itu sahaja.

Tetapi anda harus sedar bahawa kumpulan-kumpulan masyarakat yang lain juga mungkin telah melakukan amalan itu walaupun ia bukan dalam tradisi mereka sebelum itu. Melainkan anda memang benar-benar pasti, mungkin ia tetap berguna untuk menguji hipotesis anda ke atas suatu sampel kecil yang terkawal (contohnya menyoal 20 orang wanita di kumpulan-kumpulan masyarakat yang lain). Jika anda hanya berdasarkan beberapa andaian, maka anda harus memasukkan semua kumpulan.

  • Jika ada lebih dari 3 kumpulan etnik/agama yang relevan di bandar anda, maka sistem ini tidak praktikal atau tidak memungkinkan lagi kerana ia menjadi terlalu kompleks dan sampel-sampel bagi setiap kumpulan menjadi terlalu kecil. Tinggalkan saja dan sebaliknya fokuskan pada indikator (atau petanda) lain seperti geografi atau kawasan. Anda juga boleh memilih dua atau tiga kumpulan terbesar atau dua atau tiga kumpulan yang anda syak mempunyai amalan Sunat Perempuan paling tinggi.
  • Sekarang, anda boleh cuba untuk mewakilkan setiap kumpulan berdasarkan struktur etnik dalam masyarakat, atau anda boleh membahagikan sampel anda pada tiga kumpulan yang sama besarnya, dan mewawancara 30 orang dari setiap kumpulan.

Umur berapa?

Sebuah kajian yang mahu mendakwa mempunyai keperwakilan yang baik perlu cuba untuk mewakili struktur umur di sesebuah masyarakat. Sekali lagi, anda perlukan kumpulan-kumpulan umur: contohnya 18-30; 31-45; 46-60; dan lebih 60 tahun. Kumpulan-kumpulan tersebut tidak perlu mempunyai jarak umur yang sama. Yang penting ialah titik-titik perubahan utama dalam peranan wanita dalam masyarakat telah tergambar dengan jelas. Sebagai contoh : Jika dalam sesuatu titik di dalam sejarah negara anda, pendidikan asas untuk kanak-kanak perempuan telah mula dijadikan keutamaan, maka mereka yang dilahirkan sebelum tahun itu harus berada dalam kumpulan lain.

Anda boleh cuba agar setiap kumpulan umur diwakilkan menurut struktur umur penduduk. Sebagai contoh, jika anda tahu bahawa orang-orang di bawah 30 tahun membentuk 70% dari jumlah penduduk, anda boleh mengambil 70 wanita di kumpulan ini di dalam kumpulan sampel anda dan nantinya akan memudahkan pengiraan anda mengenai keberleluasaan amalan Sunat Perempuan.

Anda juga boleh cuba agar setiap kumpulan diwakili secara sama rata dan oleh itu selidik lagi tentang kumpulan umur kecil seperti generasi nenek-nenek.

  • Nenek-nenek : Menggambarkan yang mereka seringkali jadi faktor pendorong atau penentu dalam amalan Sunat Perempuan.
  • Ibu – dengan ibu-ibu muda, anda punya akses maklumat terhadap generasi kanak-kanak perempuan yang seterusnya, yang mungkin akan disunatkan juga.
  • Kami cadangkan anda wawancara remaja perempuan berumur 16 tahun atau lebih. Untuk mengetahui keadaan amalan sunat terhadap kanak-kanak atau remaja perempuan, anda perlu bertanya pada ibu-ibu mereka (soalan kepada ibu telah pun termasuk dalam borang soal selidik asas yang kami sediakan) .

Pelajar-pelajar Universiti

Selain memilih kampung atau sebahagian dari kota, anda juga boleh memilih pelajar-pelajar universiti sebagai kumpulan sasar anda. Jika hasil kajian anda adalah 50% pelajar perempuan di universiti XYZ telah disunatkan, maka penemuan itu sama bererti seperti hasil kajian 50% wanita di daerah XYZ telah disunatkan. Kedua-dua dapatan kajian ini tidak memberitahu anda betapa berleluasanya FGM di seluruh masyarakat tersebut, namun ia memberi petunjuk yang baik mengenai trend atau amalan di masyarakat tersebut.

Masalah dalam mewawancara pelajar ini ialah anda tidak boleh pergi dari pintu ke pintu. Mungkin anda boleh bertemu mereka di kampus – dan jika anda hanya mewawancara 100 orang yang anda terserempak itu, ia akan jadi sampel konvenien.

Walau bagaimana pun, anda juga boleh menggunakan kaedah-kaedah dalam survei rawak. Dalam hal ini, anda harus pastikan yang anda mewawancara wanita dari pelbagai bidang pengajian dan kumpulkan mereka sepertimana anda kumpulkan mengikut kumpulan etnik. Kemudian anda perlu membentuk suatu kaedah bagaimana anda boleh memilih mereka secara rawak. Anda boleh wawancara beberapa bilangan tertentu pelajar semasa mereka keluar kelas : contohnya pilih 20 kelas dan wawancaralah lima orang dari setiap kelas.

Jika ia hanyalah sebuah universiti kecil, mungkin anda boleh fikirkan bagaimana boleh mendapatkan kesemua atau kebanyakan alamat-alamat email pelajar. Sila baca lebih lanjut mengenai Survei Online.

Jika anda fikir yang anda boleh buat pensampelan rawak, sila baca “Bagaimana menggunakan borang soalselidik yang asas

Jika anda telah bercadang untuk membuat survei dengan sampel “kebarangkalian’ atau ‘rawak’, maka anda haruslah memilih kumpulan atau kawasan anda dengan tepat. Jika anda tidak bertanya pada semua wanita dalam kumpulan ini, maka anda hendaklah memilih sampel yang mana anda boleh menentukan kebarangkalian seseorang terpilih dalam sampel itu – kerana itulah ia dipanggil pensampelan rawak atau pensampelan kebarangkalian.

Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini

word pdf odt