Pensampelan Konvenien (Pensampelan Mudah)

Pensampelan konvenien adalah mudah: anda mendapatkan peserta di tempat-tempat yang anda pilih ataupun mereka sendiri yang menawarkan diri. Biasanya dalam survei online, orang yang sukarela untuk menjawab soal selidik.

Sekiranya anda hanya mahu membuktikan yang Sunat Perempuan diamalkan, dan untuk mendapat gambaran siapa yang melakukannya dan mengapa ia dilakukan, suatu pensampelan konvenien mungkin dapat memberi anda data yang bagus. Ia juga boleh berfungsi sebagai cara untuk mengumpulkan maklumat dan idea dan membentuk hipotesis. Bercakap dengan orang mungkin akan memberikan anda maklumat yang menarik, yang anda tidak terfikir sebelum itu.

Jadi, mula-mula tentukan kumpulan sasar anda. Kemudian fikirkan di mana tempat yang paling sesuai untuk bertemu mereka.

  • Pusat membeli belah
  • Universiti
  • Hospital
  • Rumah ibadat
  • Balai raya atau dewan
  • Mendapat kontak melalui jejaring sosial

Anda boleh mulakan dengan keluarga, kawan-kawan atau rakan kuliah anda. Akan tetapi, jika kawan-kawan anda hampir semuanya pelajar universiti di bandar anda yang mempunyai latarbelakang liberal, mungkin anda akan pelajari sesuatu tentang Sunat Perempuan dari kumpulan ini, akan tetapi tidaklah mewakili pandangan wanita di kampung yang berpendidikan rendah.

Anda juga boleh bertumpu pada institusi-institusi. Jika anda hendak menyoal pelajar-pelajar perempuan di universiti anda, maka anda boleh gunakannya sebagai persampelan rawak. Ia bergantung bagaimana hati-hatinya anda dalam memilih mereka.

Baca Pensampelan Rawak, terutamanya bahagian tentang Pelajar-pelajar Univeristi.

Jadikan sampel anda lebih mewakili mereka dalam masyarakat

Anda boleh – dan memang seharusnya! – cuba agar sample konvenien anda seboleh mungkin mewakili kumpulan sasar anda. Bagaimana anda strukturkan kumpulan sasar anda dari segi umur, pendapatan, pendidikan dan agama?

Jika anda bercadang untuk bertanya pada orang-orang di pusat komuniti/ masyarakat, di masjid atau di jalan, anda boleh pastikan yang kesemua kumpulan-kumpulan yang berbeza itu diwakili dengan menggunakan strategi-strategi yang berlainan : contohnya memilih mereka bila bertemu, pergi ke beberapa pusat membeli belah dan pasar di beberapa kawasan yang mempunyai latarbelakang kelas yang berbeza, pergi ke balai-balai raya atau dewan-dewan komuniti beberapa kali bila kumpulan-kumpulan yang berbeza hadir.

  • Anda harus jelas anda mahu soal pada kumpulan yang bagaimana dan pertimbangkan kemungkinan adanya keterbatasan dalam hasil penyelidikan anda nanti.
  • Cuba pertimbangkan kriteria seperti persekitaran yang berbeza antara bandar dan luar bandar, kawasan kaya dan miskin, dan perwakilan yang bermakna dari komposisi etnik dan agama.

Buat taksiran setelah setiap kali pusingan

Suatu kaedah yang baik ialah untuk membuat semakan tentang dapatan anda setelah setiap pusingan. Apakah anda telah pergi ke pusat membeli-belah dan rupa-rupanya kebanyakan wanita di sana berusia lebih dari 30 tahun? Cuba lihat di mana tempat kesukaan anak-anak muda, dan pergilah ke sana keesokan harinya.

Anda pergi ke balai raya atau dewan komuniti, dan hampir kesemua orang di sana beragama Kristian? Maka, cuba cari tempt-tempat di mana ada ramai orang Islam.

Anda boleh bertanyakan perkara-perkara ini pada teman-teman anda: Anda telah menyoal 30 orang kawan-kawan anda, dan setelah menyemak jawapan-jawapan mereka, anda dapati 25 orang daripadanya merupakan pengikut Shiah, sedangkan di negara anada, hampir separuh penduduknya ialah orang-orang Sunni. Maka, bagi pusingan berikutnya, mintalah bantuan dari kawan anda yang berfahaman ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni), mungkin dia punya lebih ramai kawan Sunni. Jika dia dapat meminta teman-temannya menyertai survei anda, maka dapatlah anda memperseimbangkan hasil kajian anda.

  • Anda boleh baca lebih lanjut mengenai bagaimana umur dan latarbelakan orang-orang yang diwawancara boleh mempengaruhi hasil kajian anda dalam ‘Pensampelan Rawak’.
  • Jika anda mahu gunakan email atau media sosial untuk menghubungi kawan-kawan anda dan juga kawan kepada kawan-kawan anda (atau sebarang kumpulan lain), sila baca ruangan “Survei Online”.
  • Jika ada telah pasti tentang sampel anda, maka bolehlah anda mula tumpukan pada borang soal selidik anda. Sila pergi ke “Bagaimana menggunakan borang soal selidik yang asas”.

Masalah dengan pensampelan konvenien ialah ia tidak dapat dikawal dalam bentuk kepentingannya : Kebarangkalian seseorang dipilih dalam sampel tidak dapat diketahui. Oleh kerana itu, data tidak dapat mewakili penduduk keseluruhannya – tapi mungkin anda pun tidak memerlukan informasi tersebut.

Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini

word pdf odt