Penerbitan : Bagaimana data menjadi suatu kajian

Anda telah pun melakukannya – Tahniah ! Anda telah mengumpul banyak data dan korelasikannya. Anda punya banyak nombor-nombor peratusan di helaian-helaian yang berlainan, maklumat yang hebat di helaian-helaian yang lain, dan berkepil-kepil borang soal selidik yang telah siap dijawab.

Sekarang, anda perlu jadikannya dalam bentuk yang mudah difahami dan dibentangkan pada orang lain. Kerja ini juga adalah sebahagian penting dalam proses pengumpulan data: Suatu pengumpulan data yang baik akan gagal memberi kesan jika ia tidak dibentangkan dengan baik.

Anda boleh lihat contoh-contoh yang baik di sini.

Secara terperincinya, anda perlu :

  • Muka depan yang punya maklumat yang jelas iaitu : Tajuk besar dan tajuk kecil (jika ada) tentang survei anda, nama anda / kumpulan anda, alamat anda, tarikh dan tempat penerbitan
  • Sebelum mukasurat Pengenalan, terpulang pada anda jika anda mahu letak petikan kata-kata yang menarik dari apa yang dikatakan oleh peserta survei.
  • Pengenalan: Terangkan mengapa anda buat survei ini, mengapa ia penting, apa yang anda ingin tahu (sebagai contoh betapa berleluasanya amalan Sunat Perempuan dalam masyarakat/kota X dari segi latarbelakangnya)
  • Metodologi/Kaedah: Anda terangkan dengan ringkas survei ini jenis apa, bagaimana ia dilakukan, berapa ramai pesertanya, bila is sebenarnya dilakukan. Siapakah kumpulan sasar anda, mengapa anda pilih sesuatu kumpulan sasar tertentu dan segala pertimbangan yang telah anda perbincangkan atau fikirkan sebelum anda membuat keputusan bagaimana hendak melakukan survei tersebut. Jika anda telah menukar kaedah atau cara wawancara di pertengahan jalan kerana anda dapati ada yang tidak sesuai, maka anda juga perlu nyatakannya di sini. Bab pendek ini akan menunjukkan pada pembaca-pembaca profesional betapa seriusnya anda, betapa terancangnya hasil-hasil kajian anda dengan mengambilkira pelbagai faktor dan pertimbangan yang wajar.
  • Latarbelakang Sunat Perempuan: Bahagian ini bertujuan untuk menjelaskan pada pembaca yang bukan pakar tentang Sunat Perempuan, apakah definasinya dan juga untuk menjelaskan sumber rujukan anda, sebagai contoh anda telah merujuk pada definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang Sunat Perempuan dan juga tentangan keras WHO terhadap Sunat Perempuan di persidangan PBB 2012. Hal ini lebih kurang sama dalam setiap kajian mengenai Sunat Perempuan, maka anda bolehlah salin atau ‘copy paste’ sahaja dari tempat lain (dan potong bahagian-bahagian yang tidak sesuai dengan konteks anda, sekiranya ada).

Anda juga harus sebutkan apa yang sudah umum diketahui mengenai Sunat Perempuan di dalam masyarakat anda: bukti-bukti anekdot (iaini berdasarkan kisah-kisah menarik yang telah berlaku), laporan media dan kajian-kajian yang telah dilakukan.

  • Hasil Kajian: Sekarang, bahagian yang paling penting bermula. Di sini, anda bentangkan hasil dapatan kajian anda. Semua hasil dapatan kajian anda adalah menarik (melainkan soalan-soalan anda tidak sesuai dan banyak yang menanda ‘tidak berkenaan’). Amat menarik jika terdapat kaitan antara latarbelakang sosial dengan Sunat Perempuan. Akan tetapi, ia juga menarik kalau didapati TIDAK ADA pertalian antara latarbelakang sosial dan Sunat Perempuan.

Jadi, semuanya boleh disebutkan. Walau bagaimana pun, sesetengahnya akan lebih bermakna atau lebih mudah difahami dari yang lain. Pilihlah yang berkesan itu untuk dibentangkan dalam bentuk grafik atau jadual. Sebagai contohnya: Latarbelakang pendidikan, pendidikan ibubapa dan pekerjaan bapa semuanya adalah indikator yang menunjukukkan latarbelakang sosial mempunyai pengaruh terhadap amalan Sunat Perempuan. Pilihlah hasil keputusan yang menunjukkan pertalian jelas tersebut dan bentangkannya dalam bentuk gambar rajah atau jadual yang mudah.

Di bawah gambar rajah, anda terangkan dengan ringkas apa yang boleh diperhatikan dari gambar rajah tersebut. Kemudian anda boleh nyatakan yang hasil-hasil kajian anda yang lain mengenai latar belakang sosial dan pendidikan menyokong hasil dapatan kajian ini. Senaraikanlah hasil-hasil kajian tersebut secara ringkas.

Jika anda punya hasil kajian utama, anda haruslah membentangkan itu terlebih dahulu. Biasanya ia berkenaan keleluasaan Sunat Perempuan. Secara umumnya. Mulakan dengan hasil keputusan yang umum terlebih dahulu dan seterusnya pergi pada yang lebih spesifik atau khusus. Namun, jika anda dapati sesuatu yang aneh atau di luar dari kebiasaan (contohnya, penduduk kota lebih mengamalkan Sunat Perempuan dari penduduk desa), maka bolehlah ia dibentangkan di awal sesi pembentangan.

  • Analisa atau Perbincangan tentang Hasil Dapatan Kajian anda:
    Bahagian ini hanyalah pilihan. Jika hasil kajian anda sudah boleh difahami dengan jelas, maka anda tidak perlukan bahagian ini. Anda boleh tuliskan di sini tentang fikiran anda mengenai hasil dapatan anda, sama ada hasil dapatan tersebut memeranjatkan anda, jika ada yang tidak berjalan dengan lancar atau seperti yang anda jangkakan, atau jika hasil kajian menunjukkan bahawa penyelidikan lanjut perlu dilakukan. Jika anda tidak menggunakan hasil kajian anda untuk kertas kerja akademik, maka anda agak bebas untuk menuliskan hasil kajian anda dalam bentuk apa pun. Jika anda gunakannya untuk tujuan akademik, maka silalah rujuk pada pensyarah atau profesor anda pada masa ini, iaitu semasa analisa hasil kajian. Perkara ini penting kerana setiap bidang kajian atau negara mempunyai kehendak atau kaedah penelitian yang berbeza.

Anda juga boleh menambah maklumat tambahan yang menarik dari kerja survei anda. Gunakan petikan kata-kata yang menarik dan tajuk-tajuk sementara untuk menarik perhatian dan fokus pembaca. Anda tidak perlu menulis banyak-banyak di sini.

  • Ringkasan Hasil Kajian: Anda senaraikanlah segala hasil kajian secara ringkas di sini.
  • Cadangan: Di sini anda punya ruang untuk membuat sebarang tuntutan pada kerajaan atau badan-badan lain agar mereka mengambil tindakan. Ia boleh jadi cadangan umum atau yang khusus bergantung pada hasil kajian anda. Sebagai contoh : jika anda dapati sebahagian besar Sunat Perempuan dilakukan oleh doktor, maka anda boleh gunakan hasil kajian ini untuk mendesak tuntutan agar menghalang para doktor dari melakukan Sunat Perempuan.
  • Appendiks/Lampiran (Pilihan): Anda boleh lampirkan borang-borang soalselidik dan pandangan serta komen-komen peserta sebagai maklumat tambahan, jika anda telah mengumpulnya.

Anda masih ingat segala-galanya? Pergi ke “Apa yang perlu anda lakukan sebelum memulakan kaji selidik kerja

Atau Pergi ke seksyen Tambahan I.

Hanya dengan pembentangan yang bijak dan yang boleh difahami dengan mudah dan jelas sahajalah yang boleh membuatkan kajian anda sampai pada kumpulan sasar anda, sama ada ianya media, kerajaan, NGO ataupun pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Anda boleh dapati soalan kaji selidik yang asas, beserta dengan tambahannya, di sini

word pdf odt